Daily Archives: 16/05/2011

Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak Kerajaan Negeri?

Khamis, 05 Mei 2011 22:50 | Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA (http://portal.kedah.gov.my)

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.

Read the rest of this entry

Salah faham berkaitan Cukai Tanah

Khamis, 28 April 2011 22:22 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM (http://portal.kedah.gov.my)

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri tidak pernah menaikkan cukai tanah di Kedah kerana mengikut amalan biasa kenaikan cukai tanah tertakluk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ini tidak pernah berlaku di bawah kepimpinannya.

Cukai tanah seluruh Kedah tidak akan dinaikkan sehingga 2014 kerana mengikut Kanun Tanah Negara, kajian semula kenaikan kadar tanah perlu dibuat setiap sepuluh tahun sekali.

Read the rest of this entry

Kerajaan beri insentif pengusaha tanah terbiar

Ahad, 08 Mei 2011 12:56 | Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Kerajaan negeri mengalu-alukan penduduk kampung yang mempunyai tanah terbiar mengusahakannya bagi mendapatkan hasil.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri memberi insentif kepada tuan tanah yang ingin mengusahakannya tetapi kekurangan modal.

Read the rest of this entry

Selamat Melayari Laman Blog Pejabat Tanah Kubang Pasu

Warga Pejabat Tanah Kubang Pasu mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari laman blog ini.