Author Archives: Pejabat Tanah Kubang Pasu

SELAMAT TAHUN BARU CINA

PDTKPcny2018

Advertisements

PROGRAM JOM 1MPAK@JERLUN

28056274_2314418918583923_4940852145324677131_n

JERLUN 15 Januari – Pejabat Tanah Kubang Pasu telah menyertai Program JOM 1MPAK@JERLUN  yang diadakan pada 15 Februari 2018 (Khamis) bertempat di Tapak Pasar Malam, Pusat Pertumbuhan Desa Alor Biak, Jerlun yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6 petang. Program tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat(MARA).

Pejabat Tanah Kubang Pasu telah membuka booth Hari Bertemu Pelanggan dan juga Kaunter Luar Kutipan Cukai Tanah bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pertanyaan mengenai tanah, menyemak dan membayar cukai tanah.

Antara aktiviti -aktiviti menarik yang telah diadakan adalah seperti Pameran Agensi,promosi dan jualan produk usahawan, Kejohanan Liga Sepak Penalti, menaiki kereta kuda, menunggang kuda, memanah, pertunjukan Mickey dan minnie serta badut, servis motosikal, gunting rambut, dan kupon makan di Food Truck secara percuma.

Selain itu, aktiviti seperti Pocket Talk Usahawan bersama Tuan Amin Idris(pengacara), bersama pakar motivasi iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan bermacam-macam lagi.

 

 

 

KAUNTER BAYARAN CUKAI TANAH PTKP DIBUKA JUMAAT

Assalamualaikum…Salam Sejahtera…Salam BerCUKAI2018,

Sekadar makluman bagi Pembukaan Tirai 2018, Pejabat Tanah Kubang Pasu telah memulakan tahun baru dengan membuka Kaunter Bayaran Hasil Cukai Tanah pada hari JUMAAT mengikut tarikh-tarikh yang tertera di bawah.

Ini bertujuan memberi kemudahan kepada para pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan Bayaran Hasil Cukai Tanah pada hari bekerja.

Oleh itu, kepada semua warga Kedah khususnya penduduk di kawasan Daerah Kubang Pasu bolehlah mengambil peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab anda sebagai pemilik hartanah anda dengan membayar Hasil Tanah bagi tahun 2018.

Sekian, terima kasih.

#kaunterJumaat
#HasilTanah
#CukaiTanah
#PTKP

PTKP UMUM2

MAKLUMAN

Kepada pelanggan yang dihormati,

Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Kubang Pasu telah bertukar daripada url (http://ptkp.kedah.gov.my/) kepada url (http://webpdt.kedah.gov.my/) iaitu Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah.

Sekian, terima kasih.

NOTIS PEMAKLUMAN

PENUTUPAN KAUNTER HASIL CUKAI TANAH BAGI URUSAN PENYELENGGARAAN
CUKAI TANAH HUJUNG TAHUN DAN PENYEDIAAN DATA CUKAI TANAH 2018

  • Kaunter Hasil Cukai Tanah di Pejabat Tanah dan PTG akan DITUTUP pada 31 Disember 2017 (Ahad).
  • Kaunter UTC Kedah & UTC Sungai Petani serta bayaran online melalui Portal Bayaran (http://www.ptgkedah.gov.my/ebayaran) akan DITUTUP pada 30 – 31 Disember 2017 (Sabtu dan Ahad).
  • Semua Kaunter Bayaran Hasil Cukai Tanah dan Bayaran Online akan beroperasi
    semula pada 1 Januari 2018 (Isnin).

Selamat Hari Natal 2017

ptkpnatal2017

Hari Bertemu Pelanggan PTKP 2017

haripelanggan_ptkp2017 copy

Bengkel Pelan Strategik PTKP 2017

IMG_20171130_112808

Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik yang diadakan pada 29-30 November 2017 yang bertempat di Regency Jerai Hill Resort,Yan.

Taklimat Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN-i)

IMG_20171123_0938111

Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Taklimat Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN-i) pada 23 November 2017 bertempat di Bilik Gerakan PTKP jam 9.30 pagi.

Program Khidmat Masyarakat 2017

IMG-20171116-WA0012

Pejabat Tanah Kubang Pasu telah membuka Kaunter Bergerak Kutipan Hasil Tanah pada Program Khidmat Masyarakat yang diadakan di Dewan Serbaguna(Felda Batu 8) pada 16 November 2017(Khamis).