Penangguhan Hari Bertemu Pelanggan

Untuk makluman semua pelanggan yang dihormati,
Pihak Pejabat Tanah Kubang Pasu ingin memaklumkan bahawa Hari Bertemu Pelanggan yang akan diadakan pada 14 Disember 2017 iaitu pada Khamis ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang bakal diumumkan kelak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Bengkel Pelan Strategik PTKP 2017

IMG_20171130_112808

Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik yang diadakan pada 29-30 November 2017 yang bertempat di Regency Jerai Hill Resort,Yan.

Taklimat Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN-i)

IMG_20171123_0938111

Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Taklimat Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN-i) pada 23 November 2017 bertempat di Bilik Gerakan PTKP jam 9.30 pagi.

Program Khidmat Masyarakat 2017

IMG-20171116-WA0012

Pejabat Tanah Kubang Pasu telah membuka Kaunter Bergerak Kutipan Hasil Tanah pada Program Khidmat Masyarakat yang diadakan di Dewan Serbaguna(Felda Batu 8) pada 16 November 2017(Khamis).

Ceramah Agama (Kuliah Umum)

IMG-20171116-WA0003

Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Tanah Kubang Pasu telah menganjurkan Ceramah Agama (Kuliah Umum) yang disampaikan oleh Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, mantan Mufti Kedah. Ceramah yang disampaikan cukup berkesan dan memberi impak kepada warga PTKP.

Program Sihat Cergas(Zumba)

IMG_20171109_083207.jpg

Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Tanah Kubang Pasu telah menganjurkan Program Sihat Cergas(Zumba) pada 09 November 2017 bertempat di Dewan Serbaguna pada jam 8.30 pagi.

Kursus Pengurusan Kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK) 2017

1

Pejabat Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK) pada 26 Oktober 2017(Khamis) yang bermula pada jam 9.00 pagi di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Taklimat tersebut disampaikan oleh Puan Hartini binti Hussin, wakil dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK).

Selamat Menyambut Deepavali 2017

DEEPAVALI 2017 PDTKP

Program Sihat Cergas(Zumba)

Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Tanah Kubang Pasu telah menganjurkan Program Sihat Cergas(Zumba) pada 12 Oktober 2017 bertempat di Dewan Serbaguna pada jam 8.00 pagi

IMG_20171012_082222

Program Sihat Cergas (Zumba)

Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Tanah Kubang Pasu telah menganjurkan Program Sihat Cergas (Zumba) pada 28 September 2017 yang lalu bertempat di Dewan Tunku Anum, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi.

IMG-20170928-WA0005