Profil Jabatan

182866_195270223832147_191360640889772_679825_2196974_n 

Pejabat Tanah Kubang Pasu ditadbir oleh Pentadbir Tanah yang dibantu oleh Penolong Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah & Pelupusan), Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan, Teknikal & Hasil) dan Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran). Pejabat Tanah mempunyai beberapa unit bagi melancarkan pengoperasian pejabat. Unit-unit tersebut ialah Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Urusniaga, Unit Geran,Unit Teknikal, Unit Pelan, Unit Pelupusan Tanah, Unit Hasil, Unit Lelong, Unit Pengambilan, Unit Bahan Batu, Unit Pusaka, Unit Perundangan, dan Unit Teknologi Maklumat . Untuk Perkhidmatan Guna Sama terdapat Pembantu Operasi, Pemandu, Pembantu Awam, dan Penghantar Notis.

Waktu bekerja biasa iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Ahad – Rabu) dan 8.00 pagi hingga 3.30 petang(Khamis)

  1. ROSLI BIN DIN

    Tuan,

    Saya telah lawati web site tuan. TIDAK ada info yang boleh membantu orang awam “lay man”..Sewajarnya pihak tuan perlu mengemaskini beberapa info yang berguna untuk orang awam seperti tatacara permohonan harta pusaka kecil, prosidur kemasukan keveat, prosidur pelepasan gadaian, cara melengkapkan borang 14A, sinarai caj-caj yang dikenakan dll. Maklumat aktiviti dalaman jabatan TIDAK perlu digahkan dalam web site.

    • Pejabat Tanah Kubang Pasu

      Terima kasih atas komen dan pandangan yang berguna daripada pihak encik. Pejabat Tanah Kubang Pasu akan cuba menambahbaik info-info yang berguna untuk orang awam seperti yang dicadangkan oleh pihak encik.

      Sekian, terima kasih.

  2. hairim haron

    Salam, saya ingin mengutarakan sedikit persoalan, di Pejabat Tanah Kubang Pasu adakah akan ada pengambilan baru untuk pegawai-pegawai yang akan berpencen dalam masa terdekat ini terutama kumpulan sokongan?

    • Pejabat Tanah Kubang Pasu

      Waalaikumssalam.
      Terima kasih di atas persoalan yang diajukan. Untuk makluman tuan, pihak kami tidak menguruskan pengambilan kakitangan baru tetapi diuruskan oleh pihak SPA KEDAH (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah).

      Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
      SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
      NEGERI KEDAH DARUL AMAN
      ARAS 1, BLOK E, WISMA DARUL AMAN
      05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
      Tel.: 04-733 3903, Fax: 04-774 4788

      Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: