Pelajar Universiti Bantu Kekang Syiah Di Kedah

KUBANG PASU 14 September – Seminar menangani isu-isu Syiah peringkat institut pengajian tinggi zonutara di Hotel Darulaman di sini yang berakhir semalam mencapai resolusi untuk mengambil tindakan lebih aktif bagi mengekang dan mendepani fahaman berkenaan.

Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tindakan tersebut dinyatakan oleh para peserta bersesuaian dengan peranan mereka sebagai mahasiswa.

Katanya, para peserta mencapai resolusi untuk berusaha mengekang fahaman Syiah menerusi pemantapan ilmu pengetahuan Islam yang sebenar mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Mereka akan bergerak lebih aktif mengikut peranan masing-masing di dalam dan luar universiti termasuk dengan pelbagai program kemasyarakatan,” katanya kepada pemberita selepas seminar berkenaan semalam.

Seminar dua hari yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kedah dan Pusat Pengajian Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) itu merupakan siri ketiga dianjurkan jabatan tersebut selepas seminar yang dikhususkan kepada para pendakwah, tokoh agama, guru dan pelajar baru-baru ini.

Seminar menangani isu-isu Syiah berkenaan dijangka melibatkan pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas Hari Raya Aidiladha ini.

Dalam pada itu, Syeikh Marwazi berkata, pihaknya turut menggalakkan para mahasiswa supaya aktif dalam pelbagai bentuk penulisan mengenai isu Syiah bagi mempelbagaikan pendedahan dan penyampaian kepada masyarakat.

Katanya, pendekatan itu penting kerana pengikut Syiah juga menggunakan pelbagai bentuk saluran untuk menyampaikan fahaman berkenaan.

“Jadi kita harus menjawab isu Syiah menerusi saluran sama dengan ruang yang ada,” ujarnya.

Sumber: Utusan

 

Advertisements

Posted on 23/09/2013, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: